Tuesday, August 1, 2017

Kek Coklat Kukus Moist

KEK COKLAT MOIST KUKUS
VERSI BUJANG

Assalamualaikum semua. Petang ni Achik nak kongsikan resepi Kek Coklat Kukus Moist. Mudah, Cepat dan Sedap! Masa raya hari itu ada buat banyak untuk tempahan adik beradik mak dan rakan-rakanya. So, resepi ini boleh dicuba ya !

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
BAHAN B
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
BAHAN C
  • 3 biji telur - blend guna blender (tapi achik whisk je)
CARA-CARA
  1. Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati. (Achik guna handwhisk sahaja)
  3. Panaskan kukusan hingga air mendidih.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda.
  5. Kukus selama 50 mini - 1 jam (sampai cukup masak). Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik di atas permukaan kek.
  6. Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair atau ganache.
  7. Hiaskan dengan taburan badam. siap!
 Selamat Mencuba. Nak resepi ganache atau coklat cair? Boleh tengok entri achik buat satu lagi ye.





Roti Tortilla

Hi, assalamualaikum semua, lama tak update blog. Okey, hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang mudah dan senang nak buat. ROTI TORTILA ...