Tuesday, January 16, 2018

Roti Tortilla

Hi, assalamualaikum semua, lama tak update blog. Okey, hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang mudah dan senang nak buat. ROTI TORTILA ! Perghhhhh! Hahaha. Saya menggunakan resepi ni untuk perniagaan sampingan.

Roti Tortila

Bahan_bahan

2 cawan tepung
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bikarbonat
3 sudu shortening 

3/4 cawan air (air ni agak-agak ye, takut lembik doh)


Cara-cara

  1. Gaulkan sekali tepung gandum, garam, baking powder dan soda bikarbonat biar sekata di dalam mangkuk.
  2. Masukkan shortening. (Kalau tiada shortening, minyak masak pun boleh ye)
  3. Ramas dan buatkan serbuk roti.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit sampat doh menjadi licin dan senang untuk membentuk nanti.
  5. Kemudian, bulatkan sebesar bola ping pong. Saya masukkan dalam peti sejuk untuk setkannya.
  6. Selepas itu, boleh lah canaikan nipis-nipis. Saya gunakan rolling pin untuk menipiskannya.
  7. Akhir sekali, boleh lah nak letak atas non-stick pan yang telah dipanaskan. Selalu balikkan untuk masak sekata.
  8. Boleh dihidangkan dengan filling tortila.

Bahan Filling

Lobak Merah (Parut)
Timun Batang (Parut)
Kobis Ungu (Parut)
Sos Cili
Mayonaise
Sos Lada Hitam
Dada Ayam (Potong memanjang, gaul dengan sedikit garam, lada hitam separa hancur, serbuk lada. Kemudian gaul dengan telur dan tepung gandum yang dicampurkan dengan sedikit tepung jagung)

Cara-cara
  1. Ayam tadi digoreng dan ditoskan.
  2. Ambik sekeping roti tortila, sapukan permukaan dengan sedikit mayonis, sayuran, isi ayam, dan topping dengan sos cili, lada hitam dan mayonis.
  3. Gulung dan hidangkan.

Mudah kan? Boleh buat berkelah ni.

Roti Tortilla

Hi, assalamualaikum semua, lama tak update blog. Okey, hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang mudah dan senang nak buat. ROTI TORTILA ...